Harap ambil maklum peluang geran eSciencefund (Dana Sciencefund) dan eDana (Technofund dan Innofund).
Sahabat semua, mohon membuat permohonan untuk geran ini. Terima kasih.
Dr Na
YBhg. Dato’/Prof./Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Sciencefund, Technofund dan Innofund) akan dibuka bermula 1 Januari 2016. Semua permohonan perlu dibuat secara online melalui sistem eSciencefund (Dana Sciencefund) dan eDana (Technofund dan Innofund). Kedua-dua sistem boleh dicapai melalui laman web rasmi Kementerian di www.mosti.gov.my.
3. Bagi tahun 2016, proses permohonan dana Sciencefund, Technofund dan Innofund akan dibuat mengikut empat (4) kitaran seperti jadual berikut:
KITARAN TEMPOH PERMOHONAN PEMAKLUMAN KEPUTUSAN
1 1 hingga 29 Januari 2016 Minggu terakhir Mac 2016
2 1 hingga 29 April 2016 Minggu terakhir Jun 2016
3 1 hingga 29 Julai 2016 Minggu terakhir September 2016
4 1 hingga 28 Oktober 2016 Minggu terakhir Disember 2016
Pemohon dipelawa untuk membuat permohonan mengikut tempoh permohonan yang ditetapkan seperti di jadual kitaran. Sistem tidak akan membenarkan sebarang penghantaran permohonan yang dibuat di luar tempoh permohonan dan sebarang rayuan untuk melanjutkan tempoh permohonan tidak akan dilayan.
4. Kerjasama YBhg. Dato’/Prof./Dr./ Tuan/ Puan di dalam hal ini adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih
Ellya
No comments:
Post a Comment