Assalamualaikum PM Dr Rohana,
InsyaAllah, RMU, PJIA UiTM Terengganu telah dan akan mengadakan beberapa program/latihan penyelidikan untuk pensyarah kami di sini sejajar dengan saranan yang diberikan oleh Prof Dr Hadariah Bahron, Penolong Naib Canselor (Penyelidikan), Universiti Teknologi MARA berkenaan penilaian di peringkat fakulti dan cawangan serta latihan penulisan cadangan geran penyelidikan.
Bagi melaksanakan program berkenaan, RMU, PJIA UiTMT ingin menjemput pihak RMI untuk beberapa program kami iaitu:
Program Tarikh Jemputan
(a) Program Sehari Bersama RMI 18/3/2015 Prof Dr Hadariah Bahron
PM Dr Rohana Hassan
Dr Zulkiflee Abdul Latiff
(b) Bengkel "Winning FRGS Research Proposal" 5/4/2015 Mohon cadangan nama penilai untuk FRGS
(seorang dari sosial sains dan seorang dari sains teknologi)
(c) Exploring Consultancy in Social Science and
Science Technology 13/5/2015 Puan Norhasnah M.Sahih
(c) Bengkel "Winning RAGS Research Proposal" 15/7/2015 Mohon cadangan nama penilai untuk RAGS
(seorang dari sosial sains dan seorang dari sains teknologi)
Untuk maklumat Dr., program (b) dan (c) adalah susulan dari bengkel penyediaan kertas cadangan penyelidikan yang akan dibuat terlebih awal dari tarikh dalam (b) dan (c). Ini adalah untuk membantu membolehkan lebih ramai pensyarah UiTMT mendapat geran.
No comments:
Post a Comment