Tuesday, 1 March 2016

Bengkel FRGS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Email di bawah adalah dirujuk.

Untuk makluman MyGrants telah dibuka dan kepada sesiapa yang tiada akaun di MyGrants sila mendaftar terlebih dahulu. Dan seterusnya
(a) bolehlah memulakan penulisan 'research proposal' secara draf di dalam sistem.
(b) mendaftar untuk kursus yang diwar-warkan di bawah bagi mendapat maklumbalas dari panel.

Saya amat berharap agar sahabat-sahabat semua dapat dapat memohon geran FRGS/LRGS/PRGS/TRGS yang telah dibuka.
Saya memerlukan sahabat-sahabat semua untuk bersama RMU, PJIA dalam menjayakan budaya penyelidikan dengan memohon geran-geran ini dan berkerjasama dengan pensyarah-pensyarah lain agar seluruh warga UiTM Terengganu dapat bergerak bersama ke arah penyelidikan.

Untuk makluman semua, bagi tahun 2014, 2 geran FRGS yang diperolehi adalah dalam bidang Sains dan Teknologi manakala dalam tahun 2015, 2 geran FRGS adalah untuk Sains Teknologi  dan 2 untuk Sosial Sains.

Oleh itu saya berharap bagi tahun 2016 lebih ramai dikalangan sahabat-sahabat UiTM Terengganu akan memohon geran ini. Saya mengharapkan 10-20 kumpulan dari kalangan sahabat-sahabat semua dapat 'initiate' untuk meraihkan geran FRGS untuk tahun ini. Mohon bantu UiTM Terengganu untuk mencapai misi ini.

Terima kasih semua atas usaha untuk membudayakan penyelidikan di UiTM Terengganu.


Dr Na

No comments:

Post a Comment