Sepertimana pihak Tuan sedia maklum, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) telah diberi mandat oleh pihak kerajaan Malaysia untuk menguruskan dana kerajaan bagi aktiviti pengkomersilan hasil R&D tempatan.
2. Sehubungan dengan itu, satu program MTDC Road2Funding bagi peringkat Zon Timur akan dianjurkan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 19 April 2016 (Selasa)
Masa : 8.30pagi – 4.30petang
Tempat : Resort World Kijal
KM 28, Jalan Kemaman-Dungun
24100 Kijal, Kemaman, Terengganu
3. Penganjuran program ini adalah sebagai initiatif untuk berkongsi maklumat berkenaan pelbagai dana di bawah pengurusan MTDC yang menyokong aktiviti-aktiviti pengkomersilan hasil R&D tempatan di samping membantu perkembangan syarikat berteraskan teknologi.
4. Bersempena dengan penganjuran program ini, MTDC amat berbesar hati menjemput pihak tuan/puan untuk turut serta di dalam program ini melalui penyertaan Pameran Poster. MTDC berharap platform ini akan dapat digunakan oleh pihak universiti bagi mengenengahkan hasil R&D yang mempunyai nilai komersil dan berpotensi untuk dikomersilkan. Di samping itu, sesi klinik pada sebelah petang juga boleh digunakan untuk tujuan padanan teknologi.
5. Bagi memudahkan proses penyusunan,
spesifikasi poster yang boleh digunakan adalah seperti berikut ataupun
poster-poster sedia ada.
i. Saiz Poster : A0 (84.1cm x 118.9cm atau 33.11”x46.81”) atau
A1 (59.4cm x 84.1cm atau 23.39”x33.11”)
ii. Aturan : Potret
iii. Bahasa : Melayu / Inggeris
6. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Noor Haniza Zaba, Associate Jabatan Komunikasi di talian 03-2172 6095 atau e-mail noorhaniza@mtdc.com.my.
7. Pihak MTDC ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam menjayakan program ini.
Sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment