Monday, 29 February 2016

PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mohon rujuk email peringatan dari IRMI (seperti di bawah). Permohonan FRGS/LRGS/PRGS/TRGS telah dibuka dan telah boleh di masukkan kedalam MyGrant. Harap sahabat telah mengisi draf kertas cadangan penyelidikan dalam MyGrant.
Bagi UiTM Terengganu, InsyaAllah kite akan adakan bengkel pada 2-3 Mac 2016 bagi membantu sahabat2 semua. Mohon mendaftar.

Untuk peringkat UiTM Terengganu, penghantaran draf kertas cadangan penyelidikan kepada RMU, PJIA perlu dibuat sebelum 10 Mac 2016 untuk tujuan penyediaan master list dan penilaian sebelum dihantar ke IRMI. Terima kasih banyak2.

Terima kasih kerana menyemarakan budaya penyelidikan.


Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Y. Bhg Dato' Sri/Datin Sri/Dato'/Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.


PERINGATAN MESRA: PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) 2016


Perkara seperti di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan pengisian permohonan Geran Penyelidikan KPT di dalam sistem MyGrants (
https://mygrants.gov.my) telah dibuka pada 16 Februari 2016 (Selasa) oleh yang demikian penyelidik dinasihatkan untuk tidak membuat permohonan di saat akhir bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal. Disertakan tarikh pengisian permohonan seperti berikut:

2.1 Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS)

– 16 Februari 2016 hingga 1 Mac 2016


2.2 Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)

– 16 Februari 2016 hingga 15 Mac 2016


2.3 Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS)

– 16 Februari 2016 hingga 15 Mac 2016


2.4 Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS)

– 16 Februari 2016 hingga 15 Mac 2016


3. Sebarang pertanyaan lanjut, mengenai permohonan boleh menghubungi Sekretariat di talian 03-5544 8252/8278/8251/8253 dan bagi pengesahan pendaftaran penyelidik di sistem MyGrants boleh menghubungi Puan Norwaheeda Binti Zainuddin di talian 03-55228252 atau Encik Nawwar Aqhimullah Abdul Aziz di talian 03-5544 5253 .


No comments:

Post a Comment